Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.
Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.
Ahli Astronomi
berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243
kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.
Asteroid 2012 DA14
mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari
orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun
ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan
20 Julai 1969.
Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.
Kebanyakan orang tidak
akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak
mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga tidak menyebabkan
gunung berapi.
Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.
Andainya asteroid itu
bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan
bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di
kawasan ia mendarat.
Peristiwa itu pernah
terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan
asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah
kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.
Mungkin sekiranya 2012
DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi
juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan
pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan
haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.
ketika kejadian di Rusia.
Ahli astronomi di
Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada
awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai
pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.
Pastinya, Asteroid 2012
DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal
mendapat perhatian orang ramai. – Earthsky.org
Apa itu asteroid?
Asteroid ialah planet
minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi
lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet
Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet
mempunyai ‘ekor’ sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan
batu. – SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan